PROGRAM PENGANJURAN PELAJARAN

Program Penganjuran Pelajaran adalah bertujuan untuk menambah guna tenaga terlatih Bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan untuk melahirkan tenaga kerja profesional sejajar dengan keperluan negara ke arah membina Masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

SYARAT-SYARAT TAJAAN

1. Bumiputera  dan warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPVM.

3. Tidak pernah ditaja oleh mana-mana badan penganjur di peringkat pengajian yang sama. Pelajar-pelajar yang telah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penganjur boleh ditimbang tajaan selepas satu tahun ditamatkan bantuan dengan syarat pengajian bagi tahun tersebut ditanggung sendiri dan memperolehi prestasi yang cemerlang.

4. Institusi pengajian yang diiktirafkan oleh kerajaan.

5. Memenuhi had umur seperti berikut:

Program lepasan SPM - 19 tahun ke bawah.
Program Ijazah Pertama - tidak melebihi 30 tahun.
Program Ijazah Sarjana/Kepakaran Perubatan dan Pergigian - Tidak melebihi 40 tahun.
Program Doktor Falsafah (Ph.D) - tidak melebihi 45 tahun.
mengikuti kursus yang diutamakan oleh MARA.
Tidak mempunyai ikatan kontrak atau cuti bergaji dari majikan semasa membuat pengajian kecuali bagi pengajian Kepakaran Perubatan.

Syarat-syarat khusus bagi setiap program yang akan diikuti.

KETERANGAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diperolehi melalui:

                                        Bahagian Penganjuran Pelajaran
                                        Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
                                        Jalan Raja Laut
                                        50609 Kuala Lumpur 

                                        No. Tel:    03 2915111