Make your own free website on Tripod.com
PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN
Program Pembangunan Infrastruktur Perniagaan dilaksanakan bagi mewujud dan menambah bilangan usahawan serta mempertingkatkan tahap usahaniaga Bumiputera melalui pembiayaan premis perniagaan dan ruang industri.

JENIS PREMIS PERNIAGAAN DAN RUANG INDUSTRI

Kompleks, Arked, Rumah Kedai, Bazar, Bengkel dan Kawasan Industri MARA.

KELAYAKAN MEMOHON
  1. Warganegara Malaysia daripada kaum Bumiputera berusia 18 tahun ke atas.
  2. Mempunyai perniagaan serta pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai pengalaman perniagaan serta modal untuk memulakan perniagaan.
  4. Pengkhususan Industri bagi ruang kilang.
  5. Pemohon yang mempunyai industri bersaiz kecil dan sederhana.
  6. Terbuka untuk pewujudan dan peningkatan projek.
KADAR SEWA

Kesemua premis perniagaan dan ruang kilang yang didirikan oleh MARA disewakan kepada usahawan-usahawan Bumiputera pada kadar sewa membangun, bersubsidi dan mempunyai masa bernafas.

CARA MEMOHON

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penyewaan Bangunan Perniagaan MARA yang boleh diperolehi di Pejabat MARA Negeri dan Daerah yang berhampiran.
  2. Borang pemohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar kepada Pejabat MARA daerah yang berhampiran untuk pertimbangan.
  3. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.