Make your own free website on Tripod.com


PROGRAM PELAJARAN MENENGAH

Program Pelajaran Menengah berperanan menyediakan sistem pendidikan yang unggul berteraskan pengetahuan sains dan teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk menghasilkan sumber tenaga manusia berkualiti serta menjadi asas kepada pembangunan negara.

CARA KEMASUKAN

MARA tidak menyiarkan iklan atau mengeluarkan borang permohonan untuk pengambilan ke Tingkatan Satu MRSM. Pengambilan pelajar dibuat melalui pencalunan dari sekolah berdasarkan kriteria berikut:

Memperolehi 5 A dalam Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.
 
Pendapatan keluarga kurang daripada RM 1,500.00 sebulan.
 
Keutamaan diberi kepada pelajar dari luar bandar dan kawasan pendalaman.
 
Kemasukan ke Tingkatan Empat pula, pelajar tersebut perlu mendapat sekurang-kurang 6 A (termasuk sains dan matematik) dan tiada gred D dan E dalam semua subjek teres dalam PMR.

Pelajar tersebut dikehendakki menduduki Ujian Kecenderungan ke MRSM. Ujian ini bertujuan memilih pelajar yang mempunyai keceUderungan kepada Sains dan Matematik serta berkeperibadian tinggi yang berkemampuan mengikuti pengajian ke MRSM dalam aliran Sains.

KETERANGAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diperolehi melalui:
                                           
                                        Bahagian Pelajaran Menengah
                                        Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
                                        Jalan Raja Laut
                                        50609 Kuala Lumpur                                  

                                        No. Tel:    03 2915111