hosted by tripod
PENILAIAN DAN KAUNSELING USAHAWAN
Program Penilaian dan Kaunseling Usahawan diwujudkan untuk meningkatkan tahap keusahawanan dan perniagaan Bumiputera melalui khidmat bimbingan, latihan, kursus, bantuan dan galakan supaya kedudukan usahawan lebih mantap serta berupaya menguruskan projek niaga dengan lebih berupaya.
AKTIVITI
  • Latihan keusahawanan
  • Skim Latihan Perantisan
  • Skim Khidmat Pakar Perunding
  • Promosi Pemasaran
  • Program Usahawan Teknikal
  • Pusat Sumber Teknologi Perabut
  • SKIM LATIHAN PERANTISAN

    Skim ini menyediakan kemudahan peralatan dan bimbingan kepada usahawan yang mempunyai asas teknikal untuk melahirkan usahawan yang berjaya mengendalikan Projek Industri kecil dan Sederhana. Program ini dijalankan dengan kerjasama institusi penyelidikan seperti SIRIM, MARDI, IPT dan Industri.


    SKIM KHIDMAT PAKAR PERUNDING

    Memberi khidmat pakar perunding kepada usahawan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh perusahaan mereka supaya dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Projek-projek yang diberi keutamaan di dalam skim ini adalah projek-projek yang berasaskan pembuatan. Bayaran iktisas kepada perunding adalah sehingga RM 10,000.00.

    Fasa 1 merupakan perunding jangka pendek khusus untuk mengenal pasti masalah syarikat serta mengkaji prestasi syarikat masa lepas. Tempoh perkhidmatan adalahGselama 3 bulan dengan yuran penyertaan 10%.

    Fasa 2 pula merupakšn perunding jangka panjang yang mempunyai sistem anak angkat di mana pengusaha akan      melaksanakan cadang-cadang penyelesaian masalah di dalam Fasa 1 terdahulu. Perunding juga akan membantu usahawan dalam mengatasi masalah yang dihadapi serta menyusun perancangan dan strategi. Tempoh perkhidmatan adalah selama 12 bulan dan yuran penyertaan adalah 10%.