Memberi
khidmat pakar perunding kepada usahawan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh perusahaan mereka supaya dapat beroperasi dengan lebih cekap
dan berkesan. Projek-projek yang diberi keutamaan di dalam skim ini adalah
projek-projek yang berasaskan pembuatan. Bayaran iktisas kepada perunding
adalah sehingga RM 10,000.00.
Fasa
1 merupakan perunding jangka pendek khusus untuk mengenal pasti masalah
syarikat serta mengkaji prestasi syarikat masa lepas. Tempoh perkhidmatan
adalahGselama 3 bulan dengan yuran penyertaan 10%.
Fasa
2 pula merupakšn perunding jangka panjang yang mempunyai sistem anak angkat
di mana pengusaha akan melaksanakan cadang-cadang
penyelesaian masalah di dalam Fasa 1 terdahulu. Perunding juga akan membantu
usahawan dalam mengatasi masalah yang dihadapi serta menyusun perancangan
dan strategi. Tempoh perkhidmatan adalah selama 12 bulan dan yuran penyertaan
adalah 10%.